Pendaftaran & Pengenalan Diri
Setiap pelanggan yang menginap di unit pemilik parcel Homestay berdaftar, wajib mengemukakan salinan butiran (fizikal/digital) pengenalan diri kepada pemilik parcel Homestay berdaftar/ ejen/ wakil yang dilantik oleh pemilik.
Butiran pengenalan diri juga perlu ditunjukkan kepada pengawal keselamatan di lobi sewaktu pendaftaran untuk tujuan identifikasi.
Setiap pelanggan yang menginap di unit pemilik parcel homestay berdaftar, wajib menulis butiran pengenalan diri di pondok pengawal keselamatan yang terletak di lobi unit residentsi.
Hanya selepas butiran disahkan oleh pengawal keselamatan, pelanggan dibenar memasuki unit homestay berdaftar.
Pihak Pengawal Keselamatan berhak tidak membenarkan pelanggan Homestay memasuki unit, sekiranya butiran peribadi yang diberikan didapati palsu atau tidak lengkap.
Setiap pelanggan homestay hendaklah membantu menjaga kebersihan dan kekemasan serta tidak membuat bising di kawasan lobi.
Penggunaan Lif
Pelanggan tidak dibenar memakai pakaian basah, minum atau makan di dalam lif.
Tidak dibenar membawa masuk sebarang jenis kenderaan bermotor (selain kerusi roda) di dalam lif. Basikal dibenarkan masuk tertakluk kepada budi bicara Pengurusan, dari semasa ke semasa.
Dilarang sama sekali merokok di dalam lif.
Ketika bekalan elektrik terputus, berlaku kebakaran atau kecemasan lain, pelanggan tidak dibenar menggunakan lif, sebaliknya gunakan tangga kecemasan untuk beredar keluar.
Tidak dibenar mengubah suai mana-mana kawalan lif dengan cara yang dapat menghalang lif daripada berfungsi.
Kad Akses
Setiap pelanggan mesti menggunakan kad akses yang dikhususkan untuk pelanggan Homestay Metrocity Square. Sebarang penggunaan kad akses individu kepunyaan pemilik Parcel dilarang dan boleh dikenakan penalti.
Maksimum pemberian kad akses pelanggan dibenarkan hanya dua (2) kad bagi setiap satu unit Homestay Berdaftar.
Pelanggan hendaklah pada setiap masa menjamin keselamatan dan keberadaan kad akses. Sebarang kehilangan kad akses harus dimaklumkan segera kepada Pejabat Pihak Pengurusan Metrocity.
Pelanggan dilarang membuat sebarang modifikasi/merosakkan kad akses yang disediakan. Sebarang kerosakan harus diganti segera oleh pelanggan tertakluk kepada kos dipersetujui oleh pengurusan.
Peraturan Umum
Bilangan maksimum pelanggan yang dibenarkan tinggal di dalam setiap unit homestay pada satu-satu masa adalah lapan (8) orang, termasuk kanak-kanak.
Pelanggan dilarang merokok, menghisap vape di dalam unit premis.
Pelanggan hendaklah memastikan kebersihan unit dan kompleks terjaga. Sampah perlu dibuang di dalam tong yang disediakan.
Pelanggan dilarang bising keterlaluan sehingga mengganggu ketenteraman premis. Pengawal Keselamatan dan/atau Pengurusan berhak mengambil tindakan wajar menghentikan sebarang gangguan (memanggil polis atau memulakan tindakan undang-undang) yang disebabkan oleh pelanggan atau tetamu pelanggan.
Dilarang membawa dan memelihara serangga, reptilia, ternakan, ayam buras, haiwan peliharaan dan/atau apa-apa jua haiwan lain yang mungkin menyebabkan gangguan kepada penghuni lain.
Dilarang membawa masuk durian dan manggis di dalam bangunan.
Peti surat berdaftar hanya untuk kegunaan mutlak pemilik parcel. Namun, pelanggan boleh mengakses peti surat kepunyaan pemilik homestay berdaftar yang berkaitan sahaja, selepas proses pendaftaran bersama pengawal keselamatan selesai.
Penggunaan Kolam Renang
Waktu operasi kolam renang yang dibenarkan bagi pelanggan ialah 8 pagi hingga 6 petang.
Maksimum had pelanggan dibenarkan berada di dalam kolam pada satu-satu masa ialah 12 orang pada waktu puncak (Jumaat, Sabtu, Ahad, cuti am, cuti sekolah). Had keseluruhan pengguna kolam ialah 30 orang.
Pelanggan WAJIB menunjukkan kad akses bagi tujuan identifikasi dan WAJIB berdaftar dengan pihak Pengawal Keselamatan sebelum menggunakan kolam renang.
Pelanggan WAJIB memakai pakaian renang yang sesuai ketika mandi di kolam renang.
Tidak dibenar membawa masuk barang/peralatan mekanikal dan elektronik di kolam renang.
Tidak dibenar berbasikal, menggunakan kasut roda, papan selaju atau peralatan serupa di kawasan kolam renang.
Tidak ada anggota penyelamat disediakan. Penggunaan kolam adalah bawah tanggungan risiko pengguna sendiri.
Individu bawah pengaruh alkohol atau dadah tidak dibenar memasuki kompleks kolam renang atau kawasan sekitarnya.
Tidak dibenar menjalankan kelas/kursus renang sebelum mendapat persetujuan pihak Pengurusan.
Tidak dibenar mengguna papan luncur, snorkel, pelampung angin saiz besar dan peralatan menyelam di kolam renang.
Tidak dibenar mengadakan majlis peribadi atau barbeku di kawasan kolam renang. Sila gunakan kawasan yang ditetapkan sahaja.
Tidak dibenar menjalankan aktiviti sukan air atau aktiviti lain yang boleh menyebabkan gangguan dan kecederaan kepada pengguna lain.
Pelanggan tidak dibenar menggunakan lif dalam keadaan basah atau memakai pakaian renang. Sila keringkan diri sebelum meninggalkan kolam renang atau bilik persalinan.
Setiap pengguna kolam renang bertanggungjawab ke atas keselamatan diri sendiri.
Pihak Persatuan/Pengurusan berhak mengubah terma dan syarat penggunaan kolam sekiranya ada keperluan mendesak terutama yang melibatkan keselamatan, keselesaan penghuni sekitar serta jika melibatkan penyelengaraan kolam.
Pihak Pengawal Keselamatan/Pengurusan berhak menghalang mana-mana individu menggunakan kemudahan kolam renang sekiranya tidak mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
Penggunaan Bilik Persalinan
Pelanggan boleh menukar pakaian sukan atau pakaian renang di dalam bilik ini.
Jaga kebersihan bilik persalinan sepanjang masa.
Tidak dibenar merokok dan membawa makanan serta minuman di bilik persalinan.
Pelanggan diingatkan agar memastikan semua barang peribadi dibawa bersama sebelum meninggalkan bilik persalinan.
Penalti
Denda Pelanggaran
Denda sebanyak RM50 bagi setiap kesalahan dikenakan oleh Persatuan Pemilik Penginapan Metrocity Kuching (PPPMK) atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh PPPMK bagi sebarang pelanggaran atau kegagalan mematuhi Peraturan kepada Pelanggan Homestay ini.
Denda tambahan atas dasar harian (pada kadar yang ditentukan oleh PPPMK atas budi bicaranya mutlak) juga dikenakan seterusnya bagi sebarang kegagalan mematuhi undang-undang/notis yang dikeluarkan oleh PPPMK.